+10 344 123 64 77

Halaman

17 Ogos 2010

H1N1 - Penyakit Ciptaan Genetik ?


Influenza A H1N1 masih menjadi ancaman kepada penduduk dunia. Di Negara kita sahaja jumlah kematian meningkat mendadak dan lebih ramai lagi dijangkiti. Info tentang H1N1 ini sudah lama ingin di jadikan entry tetapi dibiarkan dahulu. Entry ini dibuat kerana sebagai tanda ingatan terhadap arwah bapa mertua yang meninggal pada 16 Ogos 2009 kerana virus entah apa-apa ini. 

Sudah hampir setahun pergi menghadap Illahi. Juga kematian Abah adalah kes yang pertama di Hospital Taiping, Perak. Kelam kabut juga staf-staf dan doktor kerana kes pertama kali berlaku di sana. Mungkin juga kerana belum bersedia menyambut virus baru ini. Awalnya kerana penyakit semput tetapi mungkin sudah suratan ketahanan badan lemah Abah ditidurkan selama-lamanya. 
Kini tiada lagi setiap 31 Ogos bendera Malaysia terpacak depan rumah bertiangkan buluh. Bendera disimpan sehinggalah suatu masa ada cucu-cucu yang mengikut jejaknya dan bendera itu kembali berkibar. Abah memang patriotik. Setiap kali berpeluang pulang ke felda Ijok, Selama, Abah kerap bercerita tentang zaman darurat zaman komunis. Ini kerana Abah adalah bekas askar. Semoga Allah mencucuri rahmatnya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.

1. H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI)

a. Jangkitan ini datangnya dari ladang babi di Mexico dan dinamakan SWINE FLU(SELESEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dinamakan Influenza A H1N1. Sehingga kini WHO tidak dapat mempastikan datangnya penyakit ini kerana ianya bukan datang dari babi dan kemungkinan juga adalah 'mutate' dari semua jenis penyakit yang dibawa oleh babi.

b.  Mempunyai masa pemusnah hampir tepat. Jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari mangsa akan meninggal. Tidak seperti AIDS dan penyakit kronik lain yang mengambil masa untuk menamatkan riwayat manusia.

c.  Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh mencipta vaksin dalam masa yang singkat? WHO sibuk menyatakan bahawa sebanyak sekian-sekian billion USd diperlukan untuk jualan vaksin tetapi ke mana wang itu pergi?

d.  Ada pihak mengaut keuntungan dari sesuatu penyakit-penyakit baru oleh kerana vaksinnya memang telah ada tetapi dibiarkan dahulu jutaan manusia menderita dan lebih banyak wang akan masuk ke poket mereka. Jika ubatnya telah ada, jika betul mereka cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS? Pencipta vaksin disanjung melangit.

e.  Perang psikologi BARAT dan ISLAM? Pastinya mereka tidak perlu angkat senjata cuma sebarkan sahaja penyakit ini.Tunggu...tidak sampai sebulan akan mencapai kemenangan!! Dan Pihak mereka mendabik dada " PIHAK KAMI MENANG TANPA ANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!!" ....fikirkanlah apa yang berlaku di IRAQ DAN AFGHANISTAN.

f.  Adakah anda percaya kewujudan tangan-tangan ghaib ingin menghuru-harakan dunia? Atas arahan siapa? Adakah ini juga ada kaitan dengan kerajaan Dajjal untuk menyesatkan akidah umat Islam supaya berkiblatkan Barat kerana menyuapkan ubat kepada kita? dan kita berterima kasih kepada mereka?...Dajjal juga telah dikunci dan dirantai semasa zaman Rasulullah oleh Tuhan agar tidak mengganggu proses penyebaran agama Allah iaitu Islam..dan Dajjal sendiri tahu akan kewujudan dan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi dan rasul terakhir...Wallahualam...

PERCAYAKAH ANDA BAWANG PUTIH ADALAH PENCEGAHAN H1N1 ?
(Ianya langkah pencegahan tetapi bukan rawatan)





1.  Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.


2.  Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selesema, anti-astimin(ubat                 berkaitan paru-paru) - jangkitan H1N1 bermula pada paru-paru bukan?

3.  Bawang putih anti penularan penyakit. 

4.  Kenapa bawang putih banyak digunakan dalam masakan luar negara sebagai contoh dalam masakan yang berkaitan dengan binatang khinzir tersebut?..


* Segala info di atas adalah daripada e-mail yang diterima. sekiranya info di atas benar ambillah sebagai pedoman sekiranya tersasar ambillah juga sebagai panduan. Semoga anda diberkati...



 























0 comments:

Catat Ulasan