Agak terlalu lama juga saya meninggalkan dunia penulisan baik nukilan sajak/puisi dan cerpen. Beberapa penghasilan sajak dan cerpen tersiar di akhbar-akhbar tabloid dan majalah hiburan. Bermula penglibatan pada tahun 1996 sehingga 1998. Pernah beberapa kali saya mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA) berkaitan bidang penulisan kreatif. Dari sinilah saya mengenali beberapa penggiat dan karyawan seni tempatan.
Waktu itu PUSPA diterajui Abd. Aziz Hj. Mahmood selaku Yang diPertua. Pada waktu itu program Rakan Muda - Rakan Seni Budaya baru diperkenalkan dan banyak program-program dan kursus diadakan baik diperingkat daerah dan negeri yang mendapat sokongan padu daripada jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan dan GAPENA.
Apabila berjinak-jinak dengan bidang IT dan mempunyai blog sendiri secara tidak langsung menguji semula bidang penulisan yang telah lama saya tinggalkan. Sememangnya saya rindukan alam itu. Sekarang terlibat sepenuh masa sebagai seorang pereka dan animator, saya perlu mengimbangi kemahiran kreatif dengan penulisan kreatif kerana tugas saya juga banyak melibatkan penulisan skrip filem animasi.
" PENULIS MEMBINA MASYARAKAT KREATIF DAN BERBUDAYA "
0 comments:
Catat Ulasan