+10 344 123 64 77

Halaman

30 Julai 2010

Hati-hati Tulis perkataan 'I5R43L' di Facebook?


Hati-hati Tulis perkataan 'I53L' di Facebook


Anda pengguna Facebook tegar? Sehari tak buka macam tak sah! Sudah seperti orang ketagihan candu (saya juga tak terkecuali). Seperti yang anda tahu di FB kalau kita isi  status pekerjaan dan sekolah di ruangan info FB, automatik menjadi fan page dan kalau ada yang menulis status yang sama dengan fan page itu secara  automatik masuk ke dalam wall fan page tersebut.

Apa yang ingin dikongsikan di sini bukannya status anda( itu akan dibincangkan kemudian kerana ada sesuatu yang tidak eloknya tentang pengisian ruangan status ini). Saya ingin berkongsi sesuatu yang anda masih tidak sedar (mungkin ada yang sudah tahu). Anda buka Fan page ini (
FB ) pasti masuk terus. Oleh itu kalau mahu menulis atau memaki hamun status "Israel" harap berhati-hatilahlah. Kenapa? Kerana setiap 'word' bangsa bangsat itu dari anda pengguna facebook akan masuk ke wall sebuah fan page kepunyaan Israel secara automatik
baik berupa status maupun komentar di wall orang lain. 



status pengguna facebook memuatkan perkataan 'Israel' 
untuk paparan jelas klik gambar di atas


Saya sendiri kurang pasti tujuannya untuk apa dan sebagai langkah berjaga-jaga saya juga perlu berhati-hati apabila memberi komentar rakan-rakan... tetapi nasi menjadi bubur sebelum tahu tentang ini saya juga telah terjebak di awal-awal berjinak dgn FB tahun sudah.

Pesan saya, berhati-hati apabila menulis perkataan I5R43L di FB kerana kerana secara automatik post anda tersebut akan terpapar di page I5R43L . Kemungkinan juga kita secara automatik telah ‘LIKE’ page I5R43L.





Alternatifnya kita boleh gunakan perkataan I5R43L sebagai ganti sekiranya menulis di FB. Ataupun JANGAN langsung. Kita tidak tahu tentang misi perisikan mereka ataupun mereka sekadar suka-suka mempermainkan 'client' mereka. Setakat ini ahli yang 'LIKE' page tersebut seramai 20,884 orang.

note: sebar-sebarkankanlah kepada rakan-rakan kita di peti mesej FB (rasanya ini jalan paling selamat!!) Harus diingat usah sekali-kali menulis di wall kerana akibatnya terlajak perahu boleh diundur terlajak kata..sendiri mau ingat!!














1 ulasan: