+10 344 123 64 77

Halaman

03 Jun 2010

Kelantan Anjur Solat Hajat Khas

2010/06/03

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran yang disertai kuliah Jumaat dan solat hajat khas di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, di sini esok berhubung tindakan kejam Israel menyerang konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau meminta kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) supaya mengeluarkan arahan kepada semua masjid untuk menunaikan solat hajat
dan bacaan Qunut Nazilah serta menyediakan khutbah Jumaat khusus bagi mengutuk kekejaman Israel. "Sehubungan itu, saya meminta golongan ulama seluruh dunia supaya bangkit dan menunaikan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin.

"Saya juga meminta Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) supaya membawa isu kekejaman Israel itu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Persidangan Negara Islam (OIC) dengan segera,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Kota Darulnaim di sini, semalam.

Katanya, tingkah laku biadap Israel itu berpunca dari kefahaman bahawa mereka adalah bangsa yang terpilih dan mulia berbanding dengan bangsa lain. 


dipetik Berita harian.com











0 comments:

Catat Ulasan