+10 344 123 64 77

Halaman

03 Mei 2010

Kumpulan Umbrella


Kumpulan Umbrella merupakan sebuah kumpulan pemuzik Pop Rock berasal dari Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Ahli-ahlinya terdiri daripada Vokal - Zarul (Pasir Puteh, Kelantan), Dram - Shaiful (Kuala Lumpur), Gitar - Rizal (Kedah), Bes - Hafizz (Kuala Lumpur) dan Keyboard - Isnin (Johor).

Umbrella ditubuhkan pada tahun 1994 oleh komposer Saari Amri hasil ujibakat yang diadakan oleh syarikat rakaman beliau iaitu Mekar Production yang juga menerbitkan album kumpulan U.K's.
Kumpulan ini lebih banyak menyanyikan lagu-lagu karya Saari Amri. Umbrella tampil dengan album pertama mereka berjudul "Seribu Rahmat" pada awal 1995 setelah hampir setahun di studio rakaman. Konsep yang diketengahkan oleh Umbrella adalah muzik pop latin serta sedikit lagu lagu balada.
Hampir 90 peratus lagu lagu didalam album ini dicipta dan diterbitkan oleh Saari Amri, antara lagu lagu yang berjaya mencuri tumpuan peminat muzik tanahair pada ketika itu adalah seperti Ramalanku Benar Belaka, Bukalah Hatimu dan Retak Jangan Relai yang telah terjual melebihi 90,000 unit. Kejayaan mereka telah dianugerahkan Anugerah Cakera Emas dan Anugerah Platinum dari Sony BMG.

0 comments:

Catat Ulasan