+10 344 123 64 77

Halaman

25 April 2010

Thr Gegar FM

 
Thr Gegar FM Online
                                              

online counter

layari juga di website http://www.thr.fm/gegar


THR Gegar merupakan sebahagian daripada radio THR yang telah diambil alih oleh AMP Radio Networks pada tahun 2005.  Oleh kerana THR Gegar bersiaran melalui frekuensi radio di Pahang, Terengganu dan Kelantan sahaja, Permata Pantai Timur telah menjadi tema stesen radio ini. 

Sasaran pendengar ialah mereka yang berusia 18-39 tahun di seluruh Pantai Timur. Namun dengan perkembangan teknologi, THR Gegar juga boleh didengari di seluruh Malaysia melalui Astro DTU 863, dan diseluruh dunia melalui internet di laman web www.thr.fm/gegar   atau http://www.facebook.com/THRGEGAR


THR Gegar menjadi pilihan ramai kerana menampilkan kepelbagaian jenis musik, seperti rock, pop, dangdut, tradisional, hip hop dan irama global.  Menambahkan keunikannya, THR Gegar juga menjadi satu-satunya stesen radio yang memainkan lagu daripada pelbagai bahasa seperti English, Hindi dan dialek Pantai Timur.  Bukan itu sahaja THR Gegar juga menyajikan lagu-lagu malar segar yang popular dari tahun 70an, 80an, 90an hinggalah lagu-lagu terkini.

Dibarisi oleh penyampai baru dan lama, kombinasi personaliti penyampai-penyampai ini memenuhi citarasa semua pendengar.  Mereka adalah teman setia, menemani anda 24 jam sehari di THR Gegar, Permata Pantai Timur.

Untuk maklumat lanjut lawati :  www.thr.fm/gega





0 comments:

Catat Ulasan