+10 344 123 64 77

Halaman

16 April 2010

Razi Owner dan Blogger Kelab Pendengar

Mohd. Razizi Bin Arifin lebih dikenali panggilan Ustaz Razi adalah seorang guru di SK Temalir, Kuala Krai Kelantan adalah anak jati Kok Lanas, Kota Bharu. Lulusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini adalah Blogger kepada Blog-blog Kelab Pendengar Radio yang diasaskannya.
Diantaranya Kelab Pendengar Radio Malaysia Kelantan FM , Kelab Pendengar Manis FM , Kelab Pendengar Radio Perak FM , Radio Fan Club dan beberapa blog Kelab Pendengar lagi.
Penulis difahamkan saudara Razi pernah mengikuti kursus juruhebah di Manisfm selama 2 bulan dan menjadi juruhebah sambilan di Kelfm(Okt 2006-Dis 2006). kemudian beliau ditawarkan mengikuti Diploma Pendidikan KPLI j-Qaf di Institut Pendidikan Guru Malaysia pada Januari 2007. Sekalipun kini menjadi seorang guru, hubungan beliau dengan juruhebah-juruhebah radio amat rapat. Beliau juga membantu kelahiran blog-blog juruhebah radio kelantan. Sebagai rakan dalam bidang yang sama penulis ingin kreditkan penghargaan kepada beliau...Blog beliau boleh dilawati di http://razie190283.blogspot.com

0 comments:

Catat Ulasan