+10 344 123 64 77

Halaman

22 April 2010

Raja Farah

Raja Farah Raja Aziz (lahir 5 Julai 1988), merupakan seorang pelakon dan juga model. Dia di lahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Anak ketiga dari empat beradik ini berketurunan Raja Jembal dari Kelantan. Farah mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaan, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.
Dikenali menerusi iklan TV sejak umur 13 tahun lagi. Komersial TV pertamanya Beras Floral.
Wajah eksotik miliknya itu menjadi pilihan syarikat pengiklanan apabila berpeluang menjayakan puluhan iklan komersial TV, antaranya ialah Vanilla Coke, Eveready, Johnson & Johnson, Celcom dan F&N Orange.
Mula menceburi lakonan pada 2003 menerusi sitkom Ah-Ha bersama Harith Iskandar dan Afdlin Shauki. Farah turut mencuba bakatnya sebagai pengacara TV dan berpeluang mengendalikan program MangoTV, Game Time, VoiceOut dan Suara Emas Bintang RTM 2007.

kredit : wikipedia

0 comments:

Catat Ulasan