+10 344 123 64 77

Halaman

26 April 2010

Pantai Sabak

Pada tanggal 08.12.1941, tentera Jepun yang diketuai oleh Jeneral Takumi telah mendarat di Pantai   Sabak di Kota Bharu, Kelantan. Dengan pendaratan ini bermulalah serangan Jepun ke atas Tanah Melayu.

Tentera Inggeris di  bawah pimpinan Brigadier Kay yang mengetuai   ‘ 28th Indian Infantry Brigade’ telah tewas di dalam usaha mempertahankan Kota Bharu.Sebelum mendarat di Kota Bharu, Jepun telah menandatangani Perjaniian Persahabatan dengan Thailand yang membenarkan Jepun mendarat dan mara ke Tanah Melayu melalui Selatan Thai iaitu melalui Singgora dan Patani. Semasa serangan ini, pertahanan di Tanah Melayu tidak cukup bersedia dan Inggeris menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang Singapura melalui laut Ialu menumpukan pertahanan di Singapura. Sebaliknya tentera Jepun telah mendarat di Kota Bharu dan mara ke selatan.


0 comments:

Catat Ulasan