+10 344 123 64 77

Halaman

16 April 2010

Saari Amri - Komposer Berbisa

Saari Amri atau nama sebenarnya Saari Bin Jusoh sentiasa menjadi buruan dikalangan artis baru yang ingin merakamkan album untuk menghiasi album baru mereka. Hanya berbekalkan satu atau dua lagu ciptaan Saari Amri dalam satu album pasti meletup.
Saari Amri mula menjadi perhatian penggiat seni apabila lagu "Pasti" nyanyian Mega hits di corong radio.
Penjaga stor di sebuah kilang suatu masa dahulu terus gigih bekarya sehinggakan beliau mampu memilikki studio rakaman sendiri yang di beri nama Menora Studio, di Setapak Kuala Lumpur.
BMG Music telah melamar beliau sebagai pencipta lagu eksklusif bagi memastikan karya Saari Amri terjamin dan dilindungi oleh akta cipta terpelihara.
Beliau juga menggunakan nama samaran yang lain seperti nama Iraas Irma (terbalik dari nama Saari Amri) yang juga merupakan nama anaknya bersama Senorita dan nama Fitri Amri.
Beliau telah banyak menaikkan nama artis baru dan mengekalkan nama artis yang telah sedia ada, di antara artis yang pernah dinaikkan Saari Amri menerusi sentuhan hit lagunya adalah  Ziana Zain, Azie, Ukay's/UK's,  Umbrella, Slam, Spring, Aris, Scan,  Zabarjad, Legacy dan ramai lagi. Karya Saari Amri juga pernah diminta untuk artis yang mempunyai nama besar dalam industri muzik di era 90'an dulu seperti Wings, Awie, Ella, MAY, Nash dan banyak lagi.
Amir UK's dikatakan paling banyak dan begitu serasi ketika menyanyikan lagu Saari Amri, dari bersama Kumpulan Ukay's,UK's dan sehinggalah beliau membuat album solo. Saari Amri juga adalah pengasas kumpulannya iaitu Ways. 

Kerjayanya terhenti seketika kerana kemalangan jalanraya yang hampir meragut nyawanya. Selepas pulih daripada kecederaan kerjaya dan kreativitinya semakin menurun. Sehingga suatu ketika namanya seolah-olah hilang daripada industri seni tanahair sehingga kini. 

0 comments:

Catat Ulasan