+10 344 123 64 77

Halaman

25 April 2010

Kelantan FM

Kelantan FM Online

 
[ Copy this | Start New | Full Size ]

                                                                      



online counter

Antara lain untuk mendengar Kelantan FM sila klik http://218.111.157.93:8000/ dan klik listen. Selamat mendengar...

 Lawati juga website Kelantan fm di http://www.kelantanfm.gov.my/


Stesen daerah/tempatan tertua di Semenanjung Malaysia. Mula beroperasi pada tanggal 16 hb. November 1963, dikenali dengan Radio Malaysia Kota Bharu.-Radio 3 Kota Bharu-Radio Malaysia Kelantan (sekarang).· Bagaimana pun perasmian pembukaannya dilakukan setahun kemudian iaitu pada 6hb November 1964 oleh Al Sultan Kelantan.

· Awal penubuhan stesen ini merupakan ibu pejabat bagi Kawasan Timur sehinggalah pada tahun 1972.

TUJUAN UTAMA PENUBUHAN:

· Merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat tempatan.· Mengenengahkan kebudayaan tradisional rakyat Kelantan agar terus subur.
· Mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian, penulisan serta lakOnan.

LOKASI Kelantan fm:

· Terletak kira-kira 6 Kilometer dari pusat bandar Kota Bharu. · Keluasan stesen 5 hektar, terdiri dari bangunan pejabat, studio, pemancar, padang aerial.· Antara kemudahan yang ada ialah bilik pusat kawalan, studio ceramah, studio suntingan, auditorium dan bilik hubungan Kelantan fm.

Bagi menghadapi persaingan yang semakin sengit, diperkenalkan penjadualan baru mulai 1 hb Jun 2000. Terbahagi kepada 5 segmen utama dengan motto "Penuhi Citarasa Anda"

Siaran Kelantan fm meliputi 95 % penduduk Kelantan. · juga diikuti oleh Penduduk di kawasan utara Terengganu dan juga Selatan Thailand.· Jumlah pendengar hampir sejuta orang termasuk Terengganu dan juga Selatan Thailand.·
48% pendengar berumur 35 tahun keatas.
52% pendengar 15 tahun keatas.
67% pendengar berpendapatan 1000 kebawah.
29% pendengar berpendapatan 10001 keatas.
58% pendengar di kawasan luar bandar.
42% di kawasan bandar.



1 ulasan:

  1. buat masa ini server kelantan FM menghadapi masalah. Bagi pendengar setia kelantan FM bolehlah masuk ke sini http://218.111.157.93:8000/ dan klik listen.

    BalasPadam