+10 344 123 64 77

Halaman

30 April 2010

Farah Idayu - AF 3

Idayu atau nama penuhnya Nur Farah Idayu binti Yaakob merupakan pelajar Akademi Fantasia Musim 3. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau tersingkir pada minggu keempat ketika mendendangkan lagu Tiada Lagi Tangisan nyanyian asal Misha Omar dan dinyanyikan semula oleh Aishah.
Idayu dikatakan mempunyai vokal yang mantap. Beliau mampu menyanyi menggunakan teknik bersiul atau lebih dikenali dengan 'whistle register'.
Vokal Idayu mampu mencapai nota-nota yang berada pada 7 oktaf. Beliau juga mempunyai julat suara yang besar dan berlingkungan 5 oktaf. Nota tertinggi yang pernah dicapainya menerusi lagu Kasih Yang Terpisah iaitu C#7. Idayu mendapat bimbingan vokal daripada ibunya sejak kecil. Beliau sering mempraktikkan teknik latihan vokal seperti bubbling dan sebagainya selama beberapa jam setiap hari. 

Profil Vokal :
  • Jenis suara : Piccolo Coloratura Soprano
  • Nota Rendah : C2
  • Nota Tinggi : C7
  • Julat Suara : 5 oktaf
Idayu diterima masuk untuk Akademi Fantasia musim ketiga dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelud bagi kelayakan tersebut. Idayu telah tersingkir di minggu keempat lantas memberikan kejutan yang sama seperti tersingkirnya Rosma ketika musim pertama disebabkan mutu suaranya yang tidak mendapat undian penonton.
Di dalam akademi, Idayu dianggap sebagai pelajar yang dihormati oleh pelajar perempuan yang lain disebabkan ketegasannya. Ketegasan dan kelantangan dalam menyuarakan pendapat menjadikan beliau sering dianggap bermasalah dengan rakannya yang lain.

kredit : wikipedia

0 comments:

Catat Ulasan