+10 344 123 64 77

Halaman

22 Mac 2010

Misha Omar

Samihah Binti Omar atau nama komersialnya Misha Omar (6 Januari 1982) adalah seorang penyanyi wanita Malaysia berbangsa Melayu. Beliau berasal dari Machang,Kelantan dan mula menceburi bidang seni suara sejak berusia 20 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001.
Populariti beliau memuncak setelah meraih pelbagai anugerah pada tahun pertamanya sebagai artis, dan terus bertahan popular hingga setanding dengan populariti penyanyi wanita lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan Jaclyn Victor.
Misha, anak keempat dari tujuh beradik kepada seorang pesara kerajaan; minat menyanyi sejak kecil dan sering menyanyi karaoke bersama keluarganya di Kota Bharu, Kelantan. Peminat setia penyanyi Liza Hanim ini seringkali menyanyi lagu Liza di dalam bilik mandi hingga suatu hari Misha dicabar memasuki pertandingan nyanyian.
Bakat Misha mula dikesan apabila beliau menyertai Bintang RTM 2001 yang mana, pertandingan ini adalah yang pertama kali dan satu-satunya pertandingan nyanyian amatur yang disertainya sebelum bergelar artis. Menerusi pertandingan nyanyian yang disiarkan setiap minggu di saluran TV1 itu, Misha berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang finalis pada peringkat akhir pertandingan tersebut.
Ketika mara ke peringkat akhir, Misha mendendangkan lagu nyanyian asal Salamiah Hassan berjudul Menghitung Hari dan Antara Yang Manis (Anita Sarawak). Pertandingan peringkat akhir itu turut disertai penyanyi-penyanyi seangkatan Misha yang menempa nama menerusi penglibatan dalam pertandingan ini seperti Siti Sarah, Farawahida, Are-Meer - Vokalis Sofaz dan juara pertandingan tersebut; Azharina Azhar.
Meskipun beliau tidak bergelar juara, namun bakat Misha disedari oleh komposer terkenal Adnan Abu Hassan. Adnan menawarkan kontrak rakaman di bawah payung BMG Music (M) Sdn Bhd pada awal 2002. Suara Misha pertama kali dirakamankan untuk album kompilasi khas Pasti Hits!!! Adnan Vs Azlan yang dipasarkan pada Julai 2002 menerusi lagu hits Bunga-bunga Cinta. Mendengar vokalnya yang lunak tapi mantap, memberi harapan bahawa Misha mampu menjadi penyanyi terkenal, sekali gus bakal mengulangi kejayaan anak didik Adnan seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan Liza Hanim. (sumber : wikipedia)

0 comments:

Catat Ulasan