+10 344 123 64 77

Halaman

14 Mac 2010

Ed Osmera

Shaikh Osman Shaikh Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ed Osmera merupakan seorang pelakon filem Melayu yang popular pada 1960-an. Beliau mempunyai darah Turki di sebelah bapanya dan Melayu di sebelah ibunya ini
Orang yang banyak bertanggungjawab mengasah bakat Ed Osmera ialah Datuk Jamil Sulong (Pak Jamil), Omar Rojik dan S. Kadarisman (Pak Kadar). Ed Osmera mula berlakon
menerusi filem Bidasari (1965) arahan Datuk Jamil Sulong diikuti Lain Jalan Ka Shorga (1967). Pak Kadar pula dengan Sri Andalas (1966), dan Omar Rojik untuk filem Panglima Harimau Berantai (1969).
Ed Osmera juga pernah berlakon dalam filem arahan P. Ramlee seperti Sesudah Suboh (1966) dan Doctor Rushdi (1970). Bagaimanapun, Pak Kadar dan Omar adalah orang yang banyak menggilap bakatnya di layar perak. Filem lain di bawah Pak Kadar ialah Kembang Layu (1970), Kudrat (1971), Hutang Darah (1972), Cengkaman Maut (1972),
Bersama Omar Rojik pula, beliau berlakon dalam filem Keranda Jingga (1969), Tuah Badan (1970), Kudrat (1971), Angkara (1972), Semerah Cindai (1973), Puaka (1974)
Beliau juga antara pelakon utama dalam filem arahan pertama Jins Shamsudin iaitu Bukan Salah Ibu Mengandung (1969).
Selain itu, Ed pernah berlakon dalam filem arahan Naz Achnas seperti Asmara Kirana (1971), Bunga Mas (1973) dan Jantina (1974).
Pada tahun 1975, Ed Osmera kembali berlakon dalam filem di bawah arahan M Amin iaitu Pertiwi sebelum berehat dari dunia lakonan hampir enam tahun.
Aziz Sattar mengembalikannya berlakon menerusi filem Prebet Lapok pada tahun 1980. Selepas itu, beliau tampil dalam filem Raja Laut arahan Z Lokman pada tahun 1981. Setahun kemudian, Ed Osmera menjadi pengarah pula dengan filem berjudul Ribut Di Hujung Senja (1982).
Shaikh Osman Shaikh Ibrahim dikatakan mula mendalami ilmu agama sekitar tahun 70-an selepas diperkenalkan oleh seniman Ahmad Nisfu. Selepas itu beliau mula membabitkan diri dalam ilmu agama secara lebih serius pada 1994 apabila dia mengambil keputusan untuk tidak terbabit dalam bidang seni lakon lagi.
Allahyarham Shaikh Osman Shaikh Ibrahim (63) menghembuskan nafasnya ketika berehat bersendirian di dalam biliknya pada jam 2 petang semalam di kediamannya di Kampung Laksamana Batu Caves pada tanggal 2 Januari 2008.
Pelakon berkenaan yang berasal dari Kelantan dan tidak pernah berkahwin, tinggal bersama abangnya, Sheikh Ahmad Ibrahim, 64. Allahyarham meninggal dunia dua minggu selepas dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur selepas sebulan menerima rawatan di institut berkenaan.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di kediamannya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Batu Caves, kira-kira jam 7 malam. Turut menziarahi jenazah di kediamannya ialah pengarah filem, Datuk Yusof Haslam dan Yusof Kelana, pelakon M. Rajoli serta wartawan veteran, Aimi Jarr....Al-Fatihah (sumber : wikipedia)

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum... saya mohon untuk share posting ni di blog saya www.hatiemas57.blogspot.com boleh? Saya akan letakkan blog saudara sebagai sumber... terima kasih.. :-)

    BalasPadam
  2. insan yang banyak ilmunya

    BalasPadam