+10 344 123 64 77

Halaman

02 Mei 2010

Konsert Search, Wings pukau penonton

KUALA LUMPUR: Hujan lebat tidak menghalang hampir 20,000 peminat muzik rock membanjiri Arena Tertutup, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort bagi menyaksikan dua kumpulan legenda, Search dan Wings bergabung menerusi Konsert Double Trouble, di sini, malam tadi.

Konsert hampir tiga jam itu berlangsung secara aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Kali terakhir Search dan Wings menjayakan persembahan bersama sekitar 1993. Menerusi projek khas penerbitan album Double Trouble menyatukan dua kumpulan rock popular sejak 80-an. Konsert berskala besar itu dianjurkan oleh Adeptnet Sdn Bhd.
Vokalis Search, Amy yang sepatutnya menjalani pembedahan urat saraf pada 24 Mac lalu dan pemain dram Search, Yazid Ahmad menjalani pembedahan buah pinggang, tetapi mereka sanggup mengetepikan kesihatan diri demi Konsert Double Trouble.
Amy berkata dia menyifatkan Double Trouble sebagai sebuah memori yang penuh nostalgia, lebih lagi menggabungkan dua nama besar bertitik tolak daripada isu pengharaman artis lelaki berambut panjang kira-kira 18 tahun lalu. Usaha Adeptnet Sdn Bhd membawakan semula Double Trouble seakan mengusung semula kenangan yang menyatukan kembali peminat dua gergasi rock itu.
“Ini adalah konsert yang cukup bermakna, malah Search dan Wings bersatu dalam konsert yang besar selepas 17 tahun. Saya puas kerana konsert ini dapat meninggalkan kenangan indah buat peminat,” katanya.

kredit : Berita Harian Online 02 Mei 2010

0 comments:

Catat Ulasan