+10 344 123 64 77

Halaman

Memaparkan catatan dengan label SEMASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEMASA. Papar semua catatan

25 Januari 2011

Cerita artis bercerai dan putus cinta selalu sangat kedengaran dan terpapar di dada akhbar. Sebenarnya saya sendiri tidak berapa suka menulis entry sebegini di blog ini. Saya juga tidak pernah ambil pusing dengan berita-berita sebegini cukup sekadar mengetahuinya sahaja.

Sebelum ini kisah krisis rumahtangga pelakon Opah(era 80an) dan Cinta Antara Benua, Asdayanti Daut dengan suaminya, seorang bekas pemain bolasepak Kedah awal-awal 90an Che Zambil Ahmad.

04 November 2010

Musim 'tengkujuh' datang lagi. Sama tahun-tahun kebelakang Kedah, Perlis, Kelantan diikuti Terengganu dilanda banjir besar. Bagi sesetengah pihak ianya satu pesta. Di satu pihak lain ianya membawa malapetaka dan bencana. Tidak kira apa-apa pun tafsiran 'bah' atau 'banjir' ia tetap satu bencana alam yang sememangnya telah direncanakan oleh Tuhan setiap tahun. Mahu tidak mahu tengkujuh datang tanpa dijemput. 

06 Oktober 2010

 
Pagi tadi tertengok tanpa sengaja MHi di TV3, penyanyi Maher Zain ditemubual oleh Wardina Safiyyah dan Abby tentang showcasenya di Malaysia. Wardina tampak teruja dan excited sekali :D...macam tak percaya di hadapannya memang Maher Zain.

Maher Zain berusia 28 tahun dan berketurunan Labenon tetapi dibesarkan di Sweden. Sebelum menjadi penyanyi beliau adalah seorang penerbit muzik. Mempunyai Sarjana Kejuruteraan Aeronautik. 

05 Oktober 2010

Agak beberapa lama juga tiada entry terkini yang ingin dipostkan di sini. Ini kerana kesibukkan yang tak dapat dielakkan maka blog ini sepi seketika. Sindrom kebuntuan melanda juga akhirnya. Entry terkini ini saya ambil dari blog salafus-sholih dan telah meminta izin beliau copy n paste. Tujuannya hanya share untuk kebaikan bersama bagaimana seorang artis berhijrah ke arah kehidupan yang lebih sempurna. 'HIJRAH ALI SETAN'.

07 September 2010

Beberapa hari lepas saya menulis tentang kelakuan biadap dan lucah seorang anak muda melalui videonya. Kini muncul pula klip video berbentuk iklan dan promo di stesen tv swasta yang mengelirukan dan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Nampaknya sesetengah dari kita masih lagi mamai diulit dan didodoikan sehinggakan alpa isu-isu yang boleh membangkitkan kemarahan timbul lagi dan lagi dan lagi..tidak tahu sampai bila akan berakhir.

03 September 2010

Perang mercun kembali semula sepanjang Ramadhan dan perayaan Aidilfitri. Setakat ini sudah beberapa orang kanak-kanak sudah menjadi mangsa. Paling sadis di Terengganu tempohari, sehingga seorang budak terlekat di atas pokok dengan keadaan otak berkecai akibat kecuaian bapa sendiri. Takziah! Klip videodi bawah ini saya ambil dari FB rakan. Lokasinya di kuala Kangsar, Perak. Bukan video budak kena mercun tetapi perang meriam. Mungkin mereka sudah ambil lesen barangkali :P

02 September 2010


Catatan ini bukanlah tujuan hasutan dan anti perkauman. Terimalah hakikat bahawa kesucian agama Islam kini sewenang-wenang diperlakukan dan diperlekehkan oleh kaum dan agama lain. Itu belum termasuk perangai buruk sesetengah orang yang mengaku warganegara memperbodohkan negara sendiri. 
Ini tidak langsung menggambarkan pekung sebenar mereka. Kasihan jiwa mereka belum lagi merdeka!! walaupun mereka berpelajaran tinggi tapi cetek minda. Kenapa dan mengapa ini berlaku selepas 53 tahun negara merdeka?

14 Ogos 2010


Kira-kira 1,000 peniaga di Kelantan akan menggunakan mata wang syariah dinar dan dirham Kelantan sebagai alternatif mata wang sedia ada. Pelancaran dilakukan oleh Kerajaan Kelantan di Pusat Dagangan Kelantan (KTC). Menurut Menteri Besar Kelantan mata wang tersebut boleh digunakan di kira-kira 1,000 buah kedai dan restoran di sekitar bandar bagi tujuan transaksi perniagaan.

07 Ogos 2010


Dua anggota 10 Briged Para yang sedang menjalani latihan ketenteraan ditemui lemas dalam sebuah kolam di Kem Terendak di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Prebet Mohd Hafizullah Sohok, 19, dari Pasir Puteh, Kelantan dan Prebet Shahrul Nizam Salim, 24, dari Felda Palong 7, Negeri Sembilan.
Peniaga makanan di bazar Ramadan di negeri Kelantan diingatkan menjaga kebersihan makanan mereka kerana rekod tahun lalu menunjukkan 52 peratus daripada 617 sampel makanan diuji dicemari bakteria Escherichia Coli (E Coli).

03 Ogos 2010


Seorang anggota tentera yang mengejarkan isterinya yang ingin bersalin bertukar mimpi ngeri apabila kenderaan dipandu bertembung sebuah treler di km. 9 Jln. Rompin-Gemas. Isteri berusia 40, meninggal dunia sebaik tiba di klinik Kesihatan Gemas. Mangsa yang mengandung anak kelima mengalami kecederaan parah di kepala dan patah tulang rusuk kanan dan tercucuk pada bayi dalam kandungan.

29 Julai 2010

Rayuan hari Pahlawan

Hari Pahlawan disambut setiap tanggal 31 Julai (darurat berakhir pada 31 Julai 1960) bagi  memperingati dan menghormati semua perwira negara yang telah gugur atau cedera sewaktu bertugas demi menegakkan kedaulatan tanah air.
Kempen Rayuan Hari Pahlawan yang diadakan setiap tahun bertujuan mengumpul dana daripada orang ramai dan

28 Julai 2010

Komando maut payung terjun gagal terbuka

JERTIH: Seorang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dari Rejimen Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Jugra, Banting, Selangor, terbunuh selepas payung terjunnya gagal berfungsi ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Gong Kedak di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari, Laskar Udara Kanan Hasnizam Abd Wahid, 26, yang melakukan terjunan dari pesawat pengangkut Caribou pada ketinggian 1,200 meter dari paras laut, terhempas di kawasan lapang, kira-kira 100 meter dari kuarters pegawai pangkalan berkenaan.

12 Julai 2010

Sepanyol juara Piala Dunia

Sepanyol muncul Juara Piala Dunia pertama di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-166 masa tambahan.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.
Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan ‘The Flying Dutchman’.
Tilikan keputusan bola sepak haram

KUALA LUMPUR: Tokoh agama di negara ini mendakwa amalan mempercayai ramalan atau tilikan adalah haram di sisi agama Islam dan boleh merosakkan akidah.

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsudin, berkata ramalan bagi menentu keputusan perlawanan bola sepak juga adalah haram dan umat Islam yang mempercayainya melakukan dosa besar kerana syirik terhadap Allah.


“Dalam hadis ada menegaskan ramalan, tekaan atau tilik menilik yang dilakukan manusia adalah satu pembohongan. Maka, jika manusia yang meramal pun dipanggil pembohong, apatah lagi jika haiwan yang meramal.

09 Julai 2010


Sotong Paul Memilih Spain - Final Piala Dunia 2010



FULL VIDEO

23 Jun 2010


‘Abah’ terima Anugerah Naib Canselor UiTM"

Panggilan abah oleh pelajar lain yang jauh lebih muda dianggap sebagai cabaran untuk saya mencatat keputusan cemerlang kerana perlu menjadi contoh kepada mereka yang dianggap

18 Jun 2010

Selamat Hari Bapa buat semua bapa-bapa.



Sentuhanmu

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

17 Jun 2010

Terjumpa blog Mazidul Akmal Sidek yang mengupas isu 'Semangat Kenegerian' dalam blog saudara Amir Izzat. Komen-komen pembaca ada yang negatif dan positif apabila melibatkan 'GU' orang-orang di sebelah pantai timur terutama orang-orang Kelantan. Isu ini agak menarik untuk dikupaskan tetapi penuh berhati-hati ibarat menarik rambut dalam tepung tapi tepung tidak berselerak. Bagi Blogger kita tidak perlu terlalu

15 Jun 2010


Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar
berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di