+10 344 123 64 77

Halaman

24 Julai 2010

Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

Lebuhraya Pantai Timur LPT (east Coast Expressway Ece)

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) adalah Lebuhraya 4 lorong 2 hala yang menghubungkan Karak dalam negeri Pahang ke Chendering dalam negeri Terengganu melalui Kuantan. Ianya merupakan sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak yang ada sekarang bermula dari Karak, Negeri Pahang (berhampiran dengan stesyen timbang JPJ sekarang) dan berakhir di Chendering, Negeri Terengganu melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor, Maran, Kuantan, Jabur, Bukit Besi, Ajil dan Chendering.
(Untuk paparan lebih jelas klik pada gambar)

Kerja pembinaan Lebuhraya ini sepatutnya bermula pada awal tahun 1999. Oleh kerana Syarikat terdahulu telah gagal membuat Perjanjian Konsesi 'effective', kerajaan telah membuat keputusan untuk membiayai sendiri projek ini secara 'turnkey contract', dimana pembinaannya terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa 1 (Negeri Pahang) dan Fasa 2 (Negeri Terengganu).

Fasa-fasa dalam pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

Fasa 1 : Negeri Pahang

Sebagai permulaan untuk merealisasikan projek ini Kerajaan telah memulakan Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 sepanjang 169 KM dimana ia adalah sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang ada sekarang bermula di Karak dan berakhir di Kuantan sempadan Pahang-Terengganu dan menawarkan projek ini kepada MTD Capital Berhad sebagai kontrator 'turnkey'. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada bulan Ogos 2000 dengan kos pembinaannya ialah RM 1.3 billion atau RM 7.5 juta sekilometer.

Fakta Teknikal

    * Laluan 4 lorong 2 hala dengan kelajuan rekabentuk 120 km/jam.
    * Beroperasi secara sistem tol tertutup.
    * Terdapat 52 buah jambatan melintasi sungai-sungai dan jalan-jalan sedia ada.

    * Stesyen timbang JPJ (3 unit) iaitu: 1. Kg. Bintang, 2. Paya Rambutan, 3. FELDA Panching   Timur
    * Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) (4 unit) iaitu (2 unit) di Kg. Bintang dan (2 unit) di Paya Rambutan.
    * Hentian Sebelah (Layby) (6 unit) iaitu (2 unit) di FELDA Lakum, (2 unit) di FELDA Bukit Tajau dan ( 2 unit) di FELDA Pancing Timur.
    * Terdapat 85 buah VBC (Vehicular Box Culvert) untuk kemudahan penduduk kampung melintasi lebuhraya.
    * Sebanyak 8 Persimpangan Bertingkat yang dibina dalam negeri Pahang iaitu:

    1. Persimpangan Bertingkat Karak.
    2. Persimpangan Bertingkat Lanchang.
    3. Persimpangan Bertingkat Temerloh.
    4. Persimpangan Bertingkat Chenor.
    5. Persimpangan Bertingkat Maran.
    6. Persimpangan Bertingkat Sri Jaya.
    7.Persimpangan Bertingkat Gambang.
    8. Persimpangan Bertingkat Kuantan

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 telah dibuka kepada orang pada 1 Ogos 2004 dimana ia telah diramikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, bertempat di Plaza Tol Kuantan. Pengguna akan dikenakan bayaran tol bermula pada 3 September 2004 bersamaan dengan hari Jumaat

Fasa 2 : Negeri Terengganu

Terdapat perubahan terhadap cadangan jajaran bagi mengambil kira aspek teknikal dan sosial dan untuk mengelakkan kesesakan di Bandar Kuala Terengganu di mana Lebuhraya berakhir di Sg. Tong Kuala Terengganu. Pada masa ini pembinaan belum dijalankan.

Dengan terlaksananya projek ini ianya akan menjadi penghubung darat yang utama antara koridor di pantai barat dan pantai timur. Ianya juga akan memendekkan masa perjalanan dari pantai barat ke timur.


Sumber: http://www.llm.gov.my












0 comments:

Catat Ulasan