Akhirnya Piala Liga Super 2012 yang dimenangi pahlawan MERAH diberi penghormatan yang sewajarnya dihadapan puluhan ribu penyokong-penyokong The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi selepas perlawanan menentang Sarawak yang berkesudahan Kelantan 3-Sarawak 1.
Sungguhpun perlawanan malam tadi hanya untuk melengkapkan jadual baki siri perlawanan hakikat Kelantan telah pun menjuarai piala tersebut dan seperti yang dijanjikan walaupun penuh kontroversi piala tersebut dijulang penuh bermaruah di Kota Bharu.
foto dari Dunia Warriors di facebook
Trofi kejuaraan disampaikan oleh Tengku Panglima Raja, Dato' Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz kepada kapten pasukan Badri Radzi selain hadiah kemenangan sebanyak RM 750,000.00 untuk musim 2012.
kesabaran dan kesetiaan yang kuat penyokong-penyokong kepada pasukan terutama kepada Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa akhirnya segala-gala berpihak kepada Kelantan.
Kelantan 3-1 Sarawak
# Badri Radzi (Sepakan Percuma) 60'
# Norfarhan Muhammad 65', 67'
# yang pasti goal keeper 'terbaekkkk' punya.
p/s- Tak perlu pelik kerana anugerah seperti itu tidak dihadiri wakil-wakil FAM di stadium malam tadi. Sendiri mau ingat!!
p/s- Tak perlu pelik kerana anugerah seperti itu tidak dihadiri wakil-wakil FAM di stadium malam tadi. Sendiri mau ingat!!
0 comments:
Catat Ulasan