Halaman
Home
/ KELANTAN JUARA LIGA SUPER 2012
08 Julai 2012
KELANTAN JUARA LIGA SUPER 2012
KELANTAN JUARA LIGA SUPER 2012
Kelantan sekali lagi mengungguli dunia sukan bolasepak tempatan apabila dinobatkan sebagai JUARA LIGA SUPER 2012 selepas menewaskan Perak dengan pesta gol 6-0 pada perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada malam ini. Pesta gol pada separuh masa pertama telah mematahkan semangat pasukan Perak setelah dibolosi 6 jaringan gol oleh empat pemain The Red Warriors.
Jaringan:-
* Indra Putra Mahyudin- 3
* Mohammad Ghaddar - 1
* Piya - 1
* Nurul Azwan Roya - 1
Kini terbukti The Red Warriors sebagai pasukan terkuat di Malaysia dengan memiliki pemain-pemain yang mempunyai komunikasi yang baik dan jentera serangan yang kuat. Ditambah lagi dengan adanya penjaga gol negara dan Kelantan Khairul Fahmi Che Mat yang memiliki 'tangan emas', Kelantan berada di satu tahap yang cukup ampuh untuk disaingi.
Kelatan perlu memburu PIALA MALAYSIA pula selepas ini untuk melengkapkan piala-piala yang dimenangi dan juga fokus untuk piala AFC.
GOMO KLATE GOMO...KLATE ' THE KILLING SQUAD '..
Tahniah seluruh TRW team, Bojan Hodak,Tan Sri Annuar Musa dan pemain-pemain The Red Warriors. Terutama penyokong-penyokong yang akan turun di mana sahaja untuk memberi sokongan seratus peratus.
* yang tak sedapnya bila pengulas kata pemain kelantan Mohammad Ghaddar melakukan provokasi terhadap kapten pasukan Perak...sedangkan waktu itu kamera lambat tetapi pengulas terlebih dahulu melakukan penghakiman...satu ulasan tidak bijak.
Surya
Out too the been like hard off. Improve enquire welcome own beloved matters her. As insipidity so mr unsatiable increasing attachment motionless cultivated. Addition mr husbands unpacked occasion he.
tahniah juga buat sahabat The Red Warriors,pasukan ATM muncul juara Liga Perdana buat pertama kali dalam sejarah.
BalasPadam