+10 344 123 64 77

Halaman

25 April 2010

Tok Bali - Pantai dan Pelabuhan


Pantai Tok Bali ialah sebuah pantai yang terletak 16 km dari bandar Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia. Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri.
Ia bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan malah menjadi kemestian bagi pelancong asing untuk menikmati keindahan pantai di Tok Bali.Ia menjadi jeti atau transit ke
Pulau Perhentian dan ke Pulau Redang Pelancong asing yang mendapat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan lebih suka memilih jeti di Kuala Besut, Terengganu untuk pergi ke Pulau Perhentian atau ke Pulau Redang.
Bagi penduduk yang bekerja sebagai nelayan, Tok Bali merupakan tempat untuk mereka mencari rezeki kerana ia terkenal dengan hasil penangkapan yang boleh membawa keuntungan kepada nelayan-nelayan.
Tok Bali juga merupakan destinasi penjualan hasil-hasil penangkapan oleh nelayan-nelayan. Kita dapat meperolehi hasil - hasil tersebut dengan harga yang berpatutan di samping dapat menikmati kesegaran hasil - hasil tangkapan.
Pembangunan yang dirancang melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan memajukan Tok Bali sebagai pangkalan bot nelayan dan jeti pelancongan ke Pulau Perhentian dan ke Pulau Redang. Dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9), Jabatan Laut Malaysia memperuntukkan RM5 juta untuk tujuan tersebut.

kredit : wikipedia.org

1 ulasan: