+10 344 123 64 77

Halaman

15 Mac 2013

Penghormatan buat dua perajurit yang terkorban dalam Operasi Daulat di lahad Datu di Kota Bharu, Kelantan yang dihadiri pegawai-pegawai pasukan keselamatan. Juga penghormatan daripada Menteri besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Mustapha Mohammad serta kenamaan.

Sebelum daripada itu penghormatan terakhir juga dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Menteri Pertahanan di Lapangan Terbang TUDM Subang sebelum diterbangkan ke Kota Bharu. Semoga Allah merahmati semua para syuhada kita yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu.

                        Visual dari Youtube penghormatan terakhir buat perajurit...

14 Mac 2013

Cikgu yang menghina pasukan keselamatan akhirnya ditangkap setelah beberapa laporan dibuat terhadap individu warga pendidik itu. Inilah akibatnya membuat kenyataan mengikut perasaan kebencian semberono. Hanya memalukan orang Kelantan sahaja terutama warga pendidik. Bak kata orang-orang tua' Sesal dulu pendapatan'....

Jenazah dua perwira kedua-dua berasal dari Kelantan selamat disemadikan di kampung halaman masing-masing setelah terkorban di medan tempur termasuk seorang meninggal dalam kemalangan semasa dalam bertugas dalam istiadat penuh ketenteraan yang dihadiri pegawai dan anggota tentera.

Koperal Ahmad Hurairah Bin Ismail, lantikkan terus kepangkat Koperal daripada Prebet yang diumumkan oleh Menteri Pertahanan, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung Lalang berhampiran kediaman keluarganya di sini.Allahyarham terkorban dalam misi Operasi Daulat setelah ditembak di muka.

13 Mac 2013

Setelah kita dikejutkan dengan berita lapan perwira kita gugur di medan perang dan ada diantaranya diseksa dengan zalim serta beberapa anggota yang cedera, dan beberapa hari lepas dua anggota PDRM cedera ditembak kita dikejutkan sekali lagi dengan berita seorang perajurit kita gugur di medan perang dan seorang cedera parah.

08 Mac 2013

Hampir 10 000 Penyokong The Red Warriors Bertafakur memperingati dan menghormati lapan anggota pasukan yang terbunuh dalam serang hendap pemberontak Sulu di Lahad Datu, di Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu malam tadi dalam perlawanan menentang Kelab Maziya dari Maldives.

Penyokong The Red Warriors menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat pasukan keselamatan yang beragama Islam yang terkorban di medan perang. Diharapkan juga team bolasepak negeri lain mengikuti jejak langkah ini. Berhibur berhibur juga tapi dalam soal melibatkan maruah negara adalah yang lebih utama dan bersatu. GOMO KLATE GOMO!!!

06 Mac 2013

Rentetan peristiwa pencerobohan kumpulan bersenjata dipercayai Askar diRaja Kesultanan Sulu banyak khabar-khabar angin bertiup di laman sosial Facebook dan ada di antara kita mempercayai seratus peratus. 

Dalam hal ini susah juga untuk mempersalahkan mereka yang percaya info dan foto-foto yang tersebar kerana masyarakat kita belum bersedia menerima situasi seperti ini dalam era yang sebegini.

05 Mac 2013

Admin dari awal lagi mengetahui senarai enam perwira yang gugur dari sebuah laman sosial walaupun PDRM sendiri masih merahsiakan nama-nama pegawai dan anggota yang gugur dalam serang hendap di Semporna. Tetapi tidak mahu post awal-awal bimbang tersalah maklumat dan perasaan keluarga wira-wira yang terkorban juga diambil kira. 

Setelah maklumat sahih yang dikeluarkan oleh PDRM barulah admin berani. Antara barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan tanahair dan keselamatan negara dalam serang hendap di Semporna yang dikeluarkan oleh PDRM :
Perang di alam realiti sedang berlaku. Kini terbawa-bawa ke alam siber. Laman web Sultansulu.com telah digodam dipercayai dilakukan penggodam dari Malaysia yang menggunakan nama Donnazmi sebagai tanda kemarahan memuncak seorang warganegara Malaysia berdaulat. Anda boleh terus ke SINI ...

04 Mac 2013

Admin rasa terpanggil sehari dua ini untuk kembali berblogging setelah berbulan-bulan melupakan seketika dunia blogger atas kesibukkan yang tidak dapat dielakkan. Tidak lain adalah kerana peristiwa pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah oleh segerombolan dipercayai Tentera diRaja Kesultanan Sulu. 

Rasa terpanggil kerana sebagai rakyat Malaysia dan pernah menjadi anggota Askar Wataniah(walaupun tak lama) dan dilahirkan dalam 'background' keluarga tentera yang cintakan negara sepertimana warganegara yang lain.

02 Mac 2013

Dunia Dikir Barat Kelantan telah dikejutkan dengan kematian penggiat seni dan Dikir barat Kelantan, Zaidi Mohamad, 46 tahun yang lebih dikenali Zaidi Buluh Perindu. Beliau meninggal dunia di Hospital Tumpat akibat serangan jantung. Sebelum itu Zaidi telah jatuh pengsan ketika membuat persembahan dikir barat di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting.

                                                                     Foto dari Google

15 Julai 2012

Akhirnya Piala Liga Super 2012  yang dimenangi pahlawan MERAH diberi penghormatan yang sewajarnya dihadapan puluhan ribu penyokong-penyokong The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi selepas perlawanan menentang Sarawak yang berkesudahan Kelantan 3-Sarawak 1. 

Sungguhpun perlawanan malam tadi hanya untuk melengkapkan jadual baki siri perlawanan hakikat Kelantan telah pun menjuarai piala tersebut dan seperti yang dijanjikan walaupun penuh kontroversi piala tersebut dijulang penuh bermaruah di Kota Bharu. 

13 Julai 2012


Tahniah buat pasukan Kelantan kerana berjaya mengesahkan status mereka selaku paling hebat dalam kempen Liga Super musim ini.

Disebalik permulaan yang agak diragui pada awal kempen, The Red Warriors berjaya mengatasi ranjau mereka di bawah asuhan Bojan Hodak.

Di penghujung saingan Liga Super, saya lihat rata-rata peminat tidak kira daripada negeri mana, mengharapkan kejayaan mengiringi Kelantan kerana tidak rela untuk melihat Lions XII bergelar juara dalam pengenalan semula mereka.

09 Julai 2012

Artikel 88 FAM Kekal?? Kedengaran macam percaya antara dan tidak tapi itulah hakikat Artikel 88 FAM dikekalkan dalam kongres persatuan itu yang berlangsung kelmarin dulu dan keputusan sebulat suara mengekalkan artikel itu yang terkandung dalam statut perlembagaan FAM.

Artikel yang sering menjadi konterversi apabila mangsa terbaru iaitu Tan Sri Annuar Musa, iaitu Timbalan Presiden FAM yang juga 'Bapa Permodenan Bola Sepak Kelantan' digantung tugas kerana melanggar artikel tersebut.

08 Julai 2012

KELANTAN JUARA LIGA SUPER 2012

Kelantan sekali lagi mengungguli dunia sukan bolasepak tempatan apabila dinobatkan sebagai JUARA LIGA SUPER 2012 selepas menewaskan Perak dengan pesta gol 6-0 pada perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada malam ini. Pesta gol pada separuh masa pertama telah mematahkan semangat pasukan Perak setelah dibolosi 6 jaringan gol oleh empat pemain The Red Warriors.

30 Jun 2012


Osman Kering Meninggal Dunia


Selepas hampir tiga minggu terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pelawak dan pelakon terkenal, Osman Kering, 58, telah menghembuskan nafas terakhir pada tepat jam 4.00 petang tadi.


Jika sebelum ini berita palsu kematiannya telah tersebar, namun kali ini berita kematian ini telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Seniman iaitu Zed Zaidi melalui laman Twitter rasminya, @RozaidiJamil, sebentar tadi.

28 Jun 2012

RAHSIA ASTAGFIRULLAH

Rasaya semua kita biasa menyebutnya dan mengukapnya akan tetapi adakah kita menjadikan ianya sebagai zikir harian. Biasanya kita akan mengungkapnya jika kita ataupun orang disekeliling kita ditimba masalah, kemalangan, kecelakaan dan seumpanya dengannya.

13 Jun 2012

Kembali Berblog Dalam Masa Terdekat...akibat sudah lama tidak berblogging dan ketandusan idea, memaksa dan menggagahkan juga diri untuk menitip sedikit info...Lantaran kesibukkan dengan bidang baru yang saya ceburi setelah berhenti bekerja dengan sektor awam sebagai pegawai kerajaan hampir setahun setengah.

06 Oktober 2011

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

23 September 2011

Ramai yang tidak sedar, setiap Khamis di TV2 jam 9.00 mlm menyiarkan drama bersiri 'Platun Harimau' yang bercorak ketenteraan dalam menentang insurgensi atau pengganas komunis tahun-tahun 70-80an.

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan kerap menyiarkan drama-drama bersiri yang bermutu melalui TV2 sebelum ini. Ini dapat mengubah tanggapan RTM hanya dilonggokkan drama-drama kurang bermutu dan sampah.

19 September 2011


Tokoh Dikir Barat dan penggiat seni yang tersohor di kelantan, Mat Daud Cik Mat, 71, yang lebih dikenali Daud Bukit Abal telah meninggal dunia kelmarin akibat demam panas. Beliau yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir tengahari kelmarin.