+10 344 123 64 77

Halaman

Memaparkan catatan dengan label VOKAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label VOKAL. Papar semua catatan

23 Jun 2010

Rahim Maarof penyanyi rock awal 80 an yang popular di Malaysia. Lahir 24 September 1956 di Kota Bharu, Kelantan. Pernah menjadi vokalis kumpulan Meets Group, Love Bite dan Whitesteel, Penyanyi undangan kumpulan Lefthanded, Penyanyi solo dan Pelakon filem. Bermula dengan Kumpulan Whitesteel yang menyampaikan lagu-lagu Melayu dan mula dikenali semenjak tahun 1986.

03 Mei 2010


 Nobat atau kumpulan S.O.S adalah kumpulan pemuzik serpihan daripada kumpulan Desire, yang berasal dari Kelantan. Lahir dengan album Ketam Ketam Batu pada tahun 1991. Bernaung di bawah bumbung syarikat Polygrams Music Records Sdn. Bhd. Vokal Eury Khan

Kumpulan Umbrella merupakan sebuah kumpulan pemuzik Pop Rock berasal dari Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Ahli-ahlinya terdiri daripada Vokal - Zarul (Pasir Puteh, Kelantan), Dram - Shaiful (Kuala Lumpur), Gitar - Rizal (Kedah), Bes - Hafizz (Kuala Lumpur) dan Keyboard - Isnin (Johor).

30 April 2010

Idayu atau nama penuhnya Nur Farah Idayu binti Yaakob merupakan pelajar Akademi Fantasia Musim 3. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau tersingkir pada minggu keempat ketika mendendangkan lagu Tiada Lagi Tangisan nyanyian asal Misha Omar dan dinyanyikan semula oleh Aishah.

29 April 2010

Wan Norafizah binti Ariffin lebih dikenali sebagai Nora merupakan seorang penyanyi dari pertandingan Bintang RTM yang mula mencipta nama pada tahun 1994 dengan album pertama yang berjudul SANDIWARA.

23 April 2010

Kumpulan Kapilla merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu dan berasal dari Kelantan. Mereka membawakan irama pop yang berteraskan kepada irama dikir barat dan muzik siam yang diadun dalam bentuk yang lebih moden.
Kumpulan Zodiak merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang berasal dari Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu balada Melayu dan slow rock.
Kumpulan Zodiak berasal dari Kelantan dan telah menghasilkan sebuah album yang bertajuk Bintang Hati pada tahun 1989. Kebanyakkan lagu dan lirik dalam album ini ditulis oleh vokalis mereka sendiri iaitu Nik Azlie.

Karen Tan Lee Suan atau lebih dikenali sebagai Karen (lahir 28 Ogos 1984) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Karen diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah

16 April 2010

Saari Amri atau nama sebenarnya Saari Bin Jusoh sentiasa menjadi buruan dikalangan artis baru yang ingin merakamkan album untuk menghiasi album baru mereka. Hanya berbekalkan satu atau dua lagu ciptaan Saari Amri dalam satu album pasti meletup.
Saari Amri mula menjadi perhatian penggiat seni apabila lagu "Pasti" nyanyian Mega hits di corong radio.

22 Mac 2010

Samihah Binti Omar atau nama komersialnya Misha Omar (6 Januari 1982) adalah seorang penyanyi wanita Malaysia berbangsa Melayu. Beliau berasal dari Machang,Kelantan dan mula menceburi bidang seni suara sejak berusia 20 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001.

15 Mac 2010

NorRazlinda binti Razli atau lebih dikenali sebagai Bienda ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau adalah anak kedua daripada tiga adik beradik dan ibunya merupakan bekas penyanyi dangdut yang terkenal pada era 1990-an, Shida.
Bienda dilahirkan pada 22 Nov 1985 di Kota Bharu, Kelantan. Mempunyai kelulusan Diploma Teknologi Maklumat – Kolej Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

14 Mac 2010

 
Kumpulan Desire merupakan sebuah kumpulan penyanyi rock di Malaysia yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim. Pengasas bagi kumpulan Desire ini ialah Razli Hussain (pemain gitar utama) yang telah menubuhkan kumpulan ini pada tahun 1985.