Apa istimewanya Cina Kelantan berbanding Cina dari negeri lain?
Masyarakat Cina telah wujud di Kelantan sejak abad ke-17 Masihi lagi dan kebanyakan mereka tinggal di sepanjang pinggir sungai Kelantan terutama di kawasan Pulai,Gua Musang dan Sungai Pinang, Tumpat.
Walaupun tiada catatan sebenar sejarah kedatangan mereka ke Kelantan, namun mereka percaya kedatangan nenek moyang mereka lebih awal dari kedatangan orang Cina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Ini berdasarkan penemuan patung lama di tokong tertua berusia 600 tahun atau lebih di kampung Pulai,Gua Musang dan berasal dari Dinasti Ming. Ini bermakna kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu bukan dimulakan di Melaka tetapi di Kelantan.
