+10 344 123 64 77

Halaman

Memaparkan catatan dengan label PERAJURIT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERAJURIT. Papar semua catatan

15 Mac 2013

Penghormatan buat dua perajurit yang terkorban dalam Operasi Daulat di lahad Datu di Kota Bharu, Kelantan yang dihadiri pegawai-pegawai pasukan keselamatan. Juga penghormatan daripada Menteri besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Mustapha Mohammad serta kenamaan.

Sebelum daripada itu penghormatan terakhir juga dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Menteri Pertahanan di Lapangan Terbang TUDM Subang sebelum diterbangkan ke Kota Bharu. Semoga Allah merahmati semua para syuhada kita yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu.

                        Visual dari Youtube penghormatan terakhir buat perajurit...

14 Mac 2013

Jenazah dua perwira kedua-dua berasal dari Kelantan selamat disemadikan di kampung halaman masing-masing setelah terkorban di medan tempur termasuk seorang meninggal dalam kemalangan semasa dalam bertugas dalam istiadat penuh ketenteraan yang dihadiri pegawai dan anggota tentera.

Koperal Ahmad Hurairah Bin Ismail, lantikkan terus kepangkat Koperal daripada Prebet yang diumumkan oleh Menteri Pertahanan, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung Lalang berhampiran kediaman keluarganya di sini.Allahyarham terkorban dalam misi Operasi Daulat setelah ditembak di muka.

13 Mac 2013

Setelah kita dikejutkan dengan berita lapan perwira kita gugur di medan perang dan ada diantaranya diseksa dengan zalim serta beberapa anggota yang cedera, dan beberapa hari lepas dua anggota PDRM cedera ditembak kita dikejutkan sekali lagi dengan berita seorang perajurit kita gugur di medan perang dan seorang cedera parah.

08 Mac 2013

Hampir 10 000 Penyokong The Red Warriors Bertafakur memperingati dan menghormati lapan anggota pasukan yang terbunuh dalam serang hendap pemberontak Sulu di Lahad Datu, di Stadium Sultan Muhammad ke IV di Kota Bharu malam tadi dalam perlawanan menentang Kelab Maziya dari Maldives.

Penyokong The Red Warriors menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat pasukan keselamatan yang beragama Islam yang terkorban di medan perang. Diharapkan juga team bolasepak negeri lain mengikuti jejak langkah ini. Berhibur berhibur juga tapi dalam soal melibatkan maruah negara adalah yang lebih utama dan bersatu. GOMO KLATE GOMO!!!

06 Mac 2013

Rentetan peristiwa pencerobohan kumpulan bersenjata dipercayai Askar diRaja Kesultanan Sulu banyak khabar-khabar angin bertiup di laman sosial Facebook dan ada di antara kita mempercayai seratus peratus. 

Dalam hal ini susah juga untuk mempersalahkan mereka yang percaya info dan foto-foto yang tersebar kerana masyarakat kita belum bersedia menerima situasi seperti ini dalam era yang sebegini.

05 Mac 2013

Admin dari awal lagi mengetahui senarai enam perwira yang gugur dari sebuah laman sosial walaupun PDRM sendiri masih merahsiakan nama-nama pegawai dan anggota yang gugur dalam serang hendap di Semporna. Tetapi tidak mahu post awal-awal bimbang tersalah maklumat dan perasaan keluarga wira-wira yang terkorban juga diambil kira. 

Setelah maklumat sahih yang dikeluarkan oleh PDRM barulah admin berani. Antara barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan tanahair dan keselamatan negara dalam serang hendap di Semporna yang dikeluarkan oleh PDRM :
Perang di alam realiti sedang berlaku. Kini terbawa-bawa ke alam siber. Laman web Sultansulu.com telah digodam dipercayai dilakukan penggodam dari Malaysia yang menggunakan nama Donnazmi sebagai tanda kemarahan memuncak seorang warganegara Malaysia berdaulat. Anda boleh terus ke SINI ...

04 Mac 2013

Admin rasa terpanggil sehari dua ini untuk kembali berblogging setelah berbulan-bulan melupakan seketika dunia blogger atas kesibukkan yang tidak dapat dielakkan. Tidak lain adalah kerana peristiwa pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah oleh segerombolan dipercayai Tentera diRaja Kesultanan Sulu. 

Rasa terpanggil kerana sebagai rakyat Malaysia dan pernah menjadi anggota Askar Wataniah(walaupun tak lama) dan dilahirkan dalam 'background' keluarga tentera yang cintakan negara sepertimana warganegara yang lain.