+10 344 123 64 77

Halaman

Memaparkan catatan dengan label HALAQAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HALAQAH. Papar semua catatan

14 September 2013


Nabi Muhammad saw. bersabda :


Ertinya :“Barang siapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya ; dan barang siapa yang ingin (selamat dan berbahagia) diakhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duanya pula”. (HR. Bukhari dan Muslim).

28 Jun 2012

RAHSIA ASTAGFIRULLAH

Rasaya semua kita biasa menyebutnya dan mengukapnya akan tetapi adakah kita menjadikan ianya sebagai zikir harian. Biasanya kita akan mengungkapnya jika kita ataupun orang disekeliling kita ditimba masalah, kemalangan, kecelakaan dan seumpanya dengannya.

06 Oktober 2011

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

08 September 2011




سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Ucaplah Tahniah Atas Kematian Isteriku !!!

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

14 Februari 2011

Di saat anak-anak muda kita bergembira menyambut 'Hari Kekasih' ditempat-tempat mewah bagi yang berada termasuk di kelab-kelab malam (sambil mabuk-mabuk) dan di hotel-hotel bajet bagi mereka yang kurang berkemampuan, tidakkah anda terfikir setiap 14 Februari iaitu pada 'Hari Kekasih' ada hero kepada legasi keturunan yang dihormati tumbang pada haribulan itu?
Saban tahun setiap pasangan bergelar kekasih di seluruh dunia menyambut dan menunggu tibanya tarikh 14 haribulan Februari lebih dikenali dengan hari kekasih atau Valentine's Day. Rasanya tak perlu saya bercerita panjang lebar tentang asal usul hari kekasih. Anda boleh membaca di blog-blog lain atau taip sahaja di Google. 

16 November 2010


Hari Raya Aidiladha  عيد الأضحى atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

15 November 2010

Umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Sabda Rasulullah s.a.w,
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. (Hadis Muslim).

28 Ogos 2010


 Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. 

24 Ogos 2010


Terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...ingin dikongsikan artikel ini kepada anda.

Mandi wajib yg betul….. 
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

12 Ogos 2010

Datangmu kusambut, pergimu akan kutangisi... 

Daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali ganda bahkan sampai tujuh ratus kali ganda. Allah berkata: "Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sesungguhnya, bau mulut orang berpuasa itu lebih harum daripada aroma kasturi.” (Hadis diriwayatkan Bukhari dan


27 Julai 2010

Malam Nisfu Syaaban

Firman Allah (mafhumnya): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?” [al-Syur.a 42:21]